Latar belakang Gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur 2020

Insiden ini bermula apabila sebuah kilang penyelenggaraan jentera berat di kawasan perindustrian Sungai Gong yang dipercayai beroperasi secara haram sejak 2014.[2] Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh (7) wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang akibat pencemaran kimia yang dikesan dalam sumber air mentah di Sungai Selangor pada 3 September 2020.[3]

Hasil siasatan, kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang yang menjadi punca pencemaran bau dan pencemaran air di Sungai Selangor sudah ditutup dan disita.[4] Siasatan juga mendapati kilang itu gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat ditetapkan selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke sungai. Kilang tersebut diarahkan ditutup sementara menunggu keputusan siasatan selain pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan. Selain itu, kilang berkenaan pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama sebelum ini tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama.[5]

Berikutan insiden itu, empat pemilik kilang telah ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam pencemaran di kawasan perindustrian di Sungai Gong, Rawang.[6]

Rujukan

WikiPedia: Gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur 2020 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kilang-... https://ohbulan.com/kilang-punca-pencemaran-sungai... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/09/... https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/617365/pen... https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/617969/kil... https://www.sinarharian.com.my/article/99873/EDISI... https://umno-online.my/2020/09/08/sultan-selangor-...